sinarharian
KUCHING - Kementerian Kerja Raya mengesahkan ada syarikat swasta telah
mengadakan perbincangan mengenai cadangan untuk mengambil alih pemilikan
konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini, Projek Lebuh
Raya Utara-Selatan (Plus).
Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, perbincangan itu turut melibatkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), kerana setiap perbincangan melibatkan kewangan negara akan ditentukan oleh unit tersebut.
"Memang ada syarikat swasta hendak membeli pemilikan konsesi lebuh raya Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), tetapi apa pun cadangannya mestilah berasaskan kepada 'perniagaan kepada perniagaan' dan terserah kepada mereka untuk berbincang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sehari Bersama Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kemas, di sini, hari ini.
Kerajaan akan menjadi pemudah cara untuk memastikan bahawa mereka berbincang dengan kaedah yang baik manakala keputusan hasil pembentangan tersebut akan ditentukan oleh UPE, kata beliau sambil menambah kementeriannya hanya memantau dari segi teknikal dan pelaksanaan.
Lebuh raya Plus sepanjang 772km diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan melalui dua agensi - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, milik Khazanah, namun baru-baru ini ada sebuah syarikat swasta, Idaman Saga Sdn Bhd berminat untuk mengambil alih pemilikan konsesi tersebut.
Sementara itu, Fadillah berkata ketika ini semua syarikat konsesi lebuh raya sedang mengadakan perbincangan dengan UPE mengenai penstrukturan kenaikan tol.
"Hasil perbincangan itu akan dibawa dalam perbincangan antara kementerian bersama UPE yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment