KUALA LUMPUR: PAS menyeru pengundi Pilihan Raya
Kecil (PRK) Teluk Intan agar tidak terpedaya dengan mainan kotor Umno
dan terus memberi sokongan penuh kepada siapa saja calon yang diletakkan
DAP nanti.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong Mohd Anuar Sudin berkata, Umno tidak mustahil mengulangi taktik penipuan kerana begitu terdesak untuk membuktikan bahawa partinya masih relevan walaupun semakin ditolak seluruh pelosok negara.
“Antara kempen jahat Umno pada PRU lalu di sini adalah mengeluarkan risalah fitnah mendakwa DAP sebagai parti komunis dan anti-Melayu," ujarnya dipetik Roketkini.
Tambah beliau, pihaknya juga mempunyai bukti bahawa mereka meletakkan ahli-ahli Umno sebagai petugas mengira undi SPR dan memindahkan pengundi dari Pasir Bedamar ke Changkat Jong.
“Atas sebab itu, kita (PAS Teluk Intan) akan memulakan gerak kerja awal sebaik saja calon diumum untuk memberi penerangan pada pengundi dan menangkis taktik jahat Umno, sekaligus memenangkan DAP serta Pakatan sekali lagi,” katanya yang juga Bendahari PAS Teluk Intan.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. - HARAKAHDAILY 14/5/2014

No comments:
Post a Comment