Saturday, May 24, 2014

Tentera Thailand Tahan Bekas PM Yingluck dan Keluarga

24/05/2014

Jakarta - Mantan Perdana Menteri Thailand Yingluck Sinawatra dan keluarganya ditahan oleh pihak  tentera. Aksi ini dilakukan setelah tentera berhasil menggulingkan pemerintahan.

"Kami telah menahan Yingluck, adik dan adik iparnya. Kami akan melakukannya tidak lebih dari seminggu. Kami hanya perlu mengatur hal-hal di negara," ujar anggota tentera yang menolak disebut namanya seperti dilapor reuters, Jumaat  24/5/2014 .

Pihak tentera sendiri enggan memberitahu lokasi   Yingluck ditahan. Namun media tempatan melaporkan mantan PM Thailand tersebut ditahan di sebuah pangkalan tentera Wilayah Saraburi, Utara Bangkok.

"Tentera menahan para ahli politik dari kedua belah pihak sejak hari Khamis setelah Prayuth (Panglima tentera Thailand, Jenderal Prayuth Chan-O-Cha) mengumumkan pengambilalihan kuasa," imbuhnya.

Sebelumnya Yingluck bersama ahli politik lain sempat bertemu dengan Prayuth di sebuah fasliti tentera. Tak lama dari itu, Panglima tentera Thailand meninggalkan kawasan tersebut.

Tak beberapa lama kemudian sebuah kereta   van dengan jendela gelap meninggalkan lokasi. Tak jelas apakah Yingluck dan ahli politik  lain berada di dalam kereta tersebut atau tidak.

Salah seorang pembantu menteri yang menolak disebut namanya mengatakan beberapa orang telah ditahan pihak tentera  termasuknya menteri. Informasi itu dibenarkan juga oleh mantan pembantu Yingluck yang sudah tidak dapat melakukan perhubungan dengannya selama berjam-jam.  
sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment