Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) sedang menunggu maklum balas daripada Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mengambil tindakan ke atas pelajar yang
menyertai perhimpunan bantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) di Kuala Lumpur pada 1 Mei.
Bagaimanapun, menurut Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar),
setakat ini tiada siswazah universiti tersebut dikenal pasti terlibat.
Bernama memetik Rais sebagai menyeru tindakan tegas dikenakan terhadap
penuntut universiti yang turut serta dalam perhimpunan Khamis lalu, yang
dihadiri puluhan ribu belia dan berakhir tanpa sebarang insiden tidak
diingini.
Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang GST pada 7 April dengan 118
Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional bersetuju, manakala 81 Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat membantah.
"Apabila ia (undang-undang pelaksaaan GST) sudah dipersetujui dan
dikuatkuasakan, ia tidak boleh dicabul dan apa sahaja yang mahu
dilakukan seharusnya mengikut lunas perundangan.
"Pelajar juga perlu sedar tugas mereka adalah menuntut ilmu dan
memenuhi harapan ibu bapa, bukan untuk berpolitik kerana ada tempatnya
jika mahu
berpolitik," kata Rais seperti dilaporkan Bernama, selepas menghadiri program "Planting for the Future" di kampus UIA, hari ini.
berpolitik," kata Rais seperti dilaporkan Bernama, selepas menghadiri program "Planting for the Future" di kampus UIA, hari ini.
Rais juga mengkritik peserta perhimpunan yang membawa anak-anak kecil,
dengan berkata ia bukan perbuatan yang dilakukan masyarakat negara maju.
– 3 Mei, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment