
Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri, Jefri Mohd Zain, 46, dan
Noorsalawati Ibrahim ,40, maut selepas digilis lori. Kedua-dua mangsa
dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Idea untuk membantu Mohd Haikal lahir selepas pihak universiti mengetahui berita menyedihkan itu melalui media, kata Ketua Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan.
Idea untuk membantu Mohd Haikal lahir selepas pihak universiti mengetahui berita menyedihkan itu melalui media, kata Ketua Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan.
"Memahami nasib malang yang menimpa Mohd Haikal yang merupakan anak
sulung daripada lima beradik itu, Unisel menawarkan Mohd Haikal segala
kursus yang ditawarkan dan kos melibatkan pembelajarannya akan diberi
biasiswa sepenuhnya oleh Unisel dengan kerjasama Kumpulan Media
Karangkraf (KMK)," jelas Hasril dalam satu kenyataan media.
Mohd Haikal kini menuntut di Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras, dekat sini.
Menurut Hasril, Unisel akan menyediakan tempat bagi Mohd Haikal
melanjutkan pelajaran selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) disamping tajaan penuh penginapan serta lain-lain yuran pengajian
yang dikenakan mengikut program pengajian yang diambil nanti.
"Tawaran ini sebahagian daripada program tanggungjawab sosial
korporat (CSR) Unisel dan KMK dalam membantu insan memerlukan," ujar
beliau.
Bagaimanapun tambah Hasril, tawaran itu tertakluk kepada keputusan
peperiksaan Mohd Haikal sama ada layak untuk meneruskan pengajian di
Unisel mengambilkira jumlah kredit yang diperlukan bagi program yang
dipohon.
Usaha mempergiatkan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) Unisel sedang rancak di rencanakan selama ini.
Presiden & Naib Canselor Unisel, Prof Dr. Anuar Ahmad telah
melancarkan Tabung Amanah pada 13 Mac lalu bertujuan mengalakkan amalan
menderma dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan. - HARAKAHDAILY, 30/5/2014
No comments:
Post a Comment