Thursday, May 22, 2014

Usul tergempar kutuk 'samseng' masuk DUN dibentang

22 May 2014
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membentangkan usul tergempar mengutuk sekumpulan “perusuh” dan “samseng” yang memecah masuk ke tempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam usul membahaskan perkara itu, Lim mencadangkan DUN mengutuk sekeras-keranya Umno Pulau Pinang kerana tidak bertanggungjawab kerana mendorong kumpulan itu “menghina kemuliaan dewan”.

Justeru, katanya, bagi membuktikan Umno bukanlah pemusnah bangsa, ketua pembangkang negeri Jahara Hamid patut memohon maaf kepada dewan.

Ketika membentangkan usul itu pagi tadi, Lim berkata, DUN kesal dengan insiden gelap itu yang mencemarkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Pulau Pinang dan Malaysia.

Semalam, sekumpulan individu berhimpun di depan DUN sebelum sebahagian mereka memasuki dewan dan cuba memanjang meja speaker.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan kemarahan terhadap ADUN DAP RSN Rayer kerana menggelar seorang pemimpin Umno dan pihak yang hadir dalam perhimpunan kontroversi bagi mengutuk flash mob kangkung sebelum ini sebagai celaka. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment