Sunday, May 18, 2014

Wanita Ini Selamat Jatuh Dari Ketinggian 12 Meter

18/05/2014  

Jakarta - Seorang wanita berusia 29 tahun terpaksa dikejarkan ke rumah sakit setelah cedera parah kerana jatuh dari bangunan berketinggian 12 meter di kawasan bersejarah ‘The Rocks', kawasan perniagaan Sydney.

Menurut keterangan polis , wanita muda tersebut menderita kerosakan organ dalaman, seperti hati yang terkoyak, paru-paru yang robek, dan patah tulang punggung.

Sebelum jatuh,  dia sedang duduk di tangga dekat George Street ketika tiba-tiba dengan tanpa sengaja, dia menjatuhkan barangnya melalui celah di belakang tangga.

Inspektor Polis,  Sean Heaney mengatakan, wanita tersebut lantas memutuskan untuk mencari barang yang terjatuh tadi, namun nahas, dia sendiri  terjatuh. Beruntung, dia selamat walau mengalami cedera parah.

“Menurut saksi  , dia naik tangga dan nampaknya terpelincir lalu terjatuh dari jalur tangga itu, tanpa menyedari bahawa ada celah tinggi. Ia terjatuh sekitar 12 meter ke bawah dari sisi dinding bangunan,” jelasnya.

Lebih lanjut Inspektor Sean menambahkan, wanita itu kemudian dibawa ke rumah sakit St.Vincent untuk mendapat  rawatan intensif atas luka serius yang dialaminya.

“Susah untuk mengatakan bahawa anda beruntung ketika anda jatuh setinggi itu, tapi dia masih sedar ketika polis  dan ambulan datang. Ia akhirnya berhasil dievakuasi dari tepi bangunan ,” ungkapnya. detikNews

No comments:

Post a Comment