Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu
Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider
oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.Tidak ada gunanya
mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya
Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah
secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk
Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana
sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.
"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik.
Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh
berkhidmat kepada anda, apa gunanya?" tanya Zahid dalam majlis bersama
anggota polis tersebut di sini.
"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya
dan berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar,
beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," katanya
yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah
lelaki. – 25 Mei, 2014.TMI
Cantik tak cantik cubalah bandingkan dengan rupa paras anak2 awak. Awak fikir polis2 tu bodoh ke? Kenapalah berkempen secara merapu dan memperkecilkan kemampuan Dyana; sedangkan diri sendiri hebat sangat ke?
ReplyDelete