Wednesday, June 18, 2014

Bayi meninggal, ayah disalahkan, kerana ubahsuai kereta $200

17/06/2014 

Jakarta - Seorang ayah mengaku bersalah atas kematian anak laki-lakinya yang berusia 3 tahun, dalam peristiwa kemalangan yang terjadi tahun 2013 lalu. Ironisnya kemalangan itu dipicu ubahsuai secara haram pada keretanya berharga $200.

Dre Newman (3) temeninggal pada Mei 2012 ketika ayahnya, Michael Brian Newman tidak dapat mengawal kendaraan di West Swan Road, Caversham.

Newman diajukan ke mahkamah di Kota Perth, namun dalam perbicaraan pertama Selasa (16/6), lelaki  itu  mengaku bersalah atas dakwaan memandu secara berbahaya yang menyebabkan kematian anaknya.

Ada tiga penumpang lain  di dalam kereta  nahas itu, termasuk seorang bayi yang terikat di kerusi tambahan di bahagian belakang dan menderita cedera parah di kepala  ketika kereta yang dipandu  ayahnya melanggar pohon.

Mahkamah diberitahu yang Newman membayar $200 untuk ubahsuai kereta terpakai    yang dibelinya. Pendakwa, Adam Hills-Wright dalam perbicaraan mengatakan ubahsuai itu telah membuat kenderaan itu tidak layak digunakan dan berbahaya untuk dipandu dalam keadaan tertentu.

Pendakwa Hills-Wright mengatakan ubahsuai yang dilakukan lebih umum dilakukan pada motorsikal dan telah menyebabkan salah satu  tayar kereta rentan terselip ketika berada dijalanan dan membuat kereta tidak stabil untuk dipandu

Newman menangis ketika rincian peristiwa kemalangan yang menyebabkan kematian  anaknya dibacakan.

Kuasa hukum terdakwa mengatakan kliennnya belum pulih dari trauma yang menimpanya dan beberapa kali berusaha untuk bunuh diri.

Newman dibebaskan dengan jaminan selama menanti hukuman atas dirinya yang akan dibacakan bulan depan.

Dikhabarkan Newman akan dijatuhi sanksi hukuman penjara, kes ini oleh hakim John Wisbey digambarkan sebagai "bencana besar kerana wang $200".

ABC Australia - detikNews

No comments:

Post a Comment