Monday, June 16, 2014

Chong Wei julang gelaran kelima terbuka Jepun

16 Jun 2014  Malaysiakini 
 
Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mencatatkan kemenangan manis apabila menjulang gelaran Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun untuk kali kelima.
  
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium di Tokyo, Jepun hari ini, juara bertahan berusia 31 tahun itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menumpaskan pemain pilihan kelapan Hu Yun dari Hong Kong dengan 21-14 dan 21-12 dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta tempatan.
  
Chong Wei meraih US$18,750 (RM60,346) bagi kemenangannya itu manakala Hu Yun membawa pulang US$9,500 (RM30,575) sebagai naib juara.
  
Untuk rekod, Chong Wei sebelum ini memenangi gelaran Terbuka Jepun sebanyak empat kali -- 2007,2010, 2012 dan 2013.
  
Keputusan itu juga membolehkan Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking Siri Super Dunia Destinasi Dubai, Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
  
- Bernama

No comments:

Post a Comment