14/6/14
Oleh Iskandar Shah Mohamed
Ampang: Tindakan berani seorang pelajar tahun lima menarik tangan
adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik
menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu
Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kanak-kanak perempuan
berusia lima tahun dan sepupu lelakinya berusia sembilan tahun cuba
dilarikan sekumpulan tiga penjenayah ketika mangsa sedang bermain
badminton di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun abang kepada kanak-kanak perempuan itu yang berusia 11
tahun bertindak nekad menarik tangan kedua-dua mangsa sebelum suspek
kelam-kabut melarikan diri.
Bapa salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, berkata, dia tersentak sejurus menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan kejadian cubaan culik itu.

LAKONAN semula bagaimana mangsa cuba diculik di hadapan rumah jiran.
“Setibanya di rumah, anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan anak saudara perempuan kami nyaris diculik tiga lelaki yang dilihat menaiki sebuah van.
No comments:
Post a Comment