Monday, June 16, 2014

Dua remaja parah elak sekatan jalan

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Petaling Jaya: Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh dua kereta selepas didakwa dibaling dengan lampu mata arah (beacon) oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan di Plaza Tol Taman Medan di sini, malam semalam.

Dalam kejadian 9 malam minggu itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan cuba mengelak sekatan jalan JPJ dengan melalui lorong tunai di plaza tol berkenaan sebelum motosikal itu terbabas dan melanggar dua kereta yang sedang diperiksa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang parah di bahagian kepala akibat kemalangan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

"Kami akan menyiasat dakwaan bapa mangsa itu. Buat masa ini keterangan daripada kedua-dua mangsa belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan di PPUM," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
FotoSEORANG daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala sedang dirawat di PMUM. FOTO ihsan pembaca Harian Metro

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pegawai dan anggota JPJ yang bertugas semasa sekatan dijalankan dan siasatan terperinci sedang dijalankan. myMetro

No comments:

Post a Comment