Tuesday, June 10, 2014

Ketua hakim: Ada penyelesaian kes rebut anak ....ada tapi pulak...

10 Jun 2014
Tan Sri Arifin Zakaria berkata, terdapat penyelesaian terhadap kes ibu bapa yang salah seorang daripada mereka bertukar agama, di mahkamah apabila berlaku perebutan penjagaan anak.

Bagaimanapun, ketua hakim negara enggan mendedahkan bagaimana ia boleh dilakukan kerana akan dilihat sebagai memberi nasihat.

“Pihak itu ada penyelesaian, ada prosedur tetapi saya tidak boleh nyatakan, kerana ia akan dilihat bahawa saya sedang menasihati,” katanya kepada pemberita.

“Bagaimanapun, mereka tahu hak mereka, mereka patut teruskan dengan hak mereka. Jika seseorang itu tidak patuh (dengan arahan mahkamah sivil) terdapat tindakan undang-undang yang boleh diambil.

“Pihak itu mesti mengambil apa jua tindakan yang terbuka di depan mereka. Saya tidak boleh sebut apa, mahkamah yang mesti katakannya,” tambah beliau.

Arifin diminta mengulas berhubung kes perebutan anak melibatkan S Deepa di Seremban dan M Indra Gandhi di Ipoh.  Malaysiakini

No comments:

Post a Comment