Jun 2014
gambar hiasan
Vemale.com -
Sekeping foto seorang remaja lelaki dengan potongan rambut aneh dan
wajah lusuh menyebar di media sosial, khususnya di kalangan penduduk
Filipina. Foto anak ini membuat para pengguna media sosial yang tidak
mengetahui kisahnya mentertawakan potongan rambutnya yang sangat aneh.
Padahal sebenarnya, ada satu kisah menyedihkan di balik foto anak ini
yang membuatnya tidak patut untuk ditertawakan.
Dilansir
pinoytrending.altervista.org, foto ini mulanya diunggah oleh seseorang
yang bersimpati kerana mengetahui bahawa remaja ini merupakan
seorang yang bernasib malang, tiada rumah untuk didiami. Dia berharap, dengan menyebarkan fotonya, ada keluarganya
di tempat lain yang dapat menampungnya.
Nama kanak-kanak ini sengaja tidak dipublikasikan, mengingat usianya yang masih di
bawah umur. Dia berasal dari kota Olongapo, Filipina dan mengidap
penyakit gangguan mental. Penyakit yang dideritanya ini diperolehnya
kerana trauma menyedihkan yang dialami ketika masih berusia 7 tahun. Ketika
itu, seluruh anggota keluarganya meninggal dengan cara yang tragis. Dia
merupakan satu-satunya yang tersisa dari keluarganya yang seluruhnya meninggal dibantai oleh sekumpulan peniaga haram yang sempat
bekerja sama dengan keluarganya.
Selain keluarganya, semua harta
benda yang dimiliki keluarganya tak ada yang tersisa. Mereka mengatakan
dia tidak punya hak lagi atas semua harta tersebut kerana telah ditagih
oleh bank. Kerana itu, remaja malang ini hidup tanpa rumah dan keluarga.
Dia
tidur di pinggir jalan dan makan dari tempat sampah. Kadang-kadang, ada
orang yang memiliki belas kasihan dan memberinya wang dan makanan.
Tetapi tidak semua orang sebaik itu padanya. Beberapa orang bahkan tega
membuli dan melakukan kekerasan padanya.
Kehidupan yang sangat
menyedihkan ini tetap dilaluinya dengan tegar. Tak jarang beberapa orang
memukulinya hanya untuk keseronokkan atau kerana alasan tidak sepatutnya.
Beberapa
orang asing juga mempermainkan dirinya yang memiliki gangguan mental
dan kekurangan makanan ini. Dia diiming-iming akan diberi sejumlah wang
dan makanan asalkan mereka boleh melakukan apa saja padanya termasuk
memotong rambutnya sesuka hati. Namun, mereka juga mempermainkannya
sesuka hati, wang dan makanan itu tidak pernah sampai di tangannya.
Malah, mereka sampai hati untuk menghadiahi remaja malang ini sebuah
tendangan di bahagian perutnya dan menghajarnya hingga tak sedarkan diri.
Beruntung beberapa orang datang menolongnya. 3 lelaki jahat yang
menghajarnya melarikan diri, namun beruntung akhirnya dapat ditangkap
dan dipenjarakan.
Setelah kejadian memilukan itu, penduduk yang
membantunya mengambil foto remaja ini dan mengunggahnya di Facebook,
berharap ada keluarganya yang membaca dan mengetahui keadaannya.
Parahnya,
tujuan mulia ini tidak terlaksana, banyak orang menyebarkannya hanya
kerana menganggap potongan rambutnya sangat aneh dan menjadikannya bahan
tertawaan sehingga tujuan awal dari disebarnya foto ini menjadi lenyap.
Hanya doa yang dapat diucapkan , semoga kebahagiaan dan ketenangan hidup segera menghampiri remaja malang ini.
Mohon Laluan Tuan.. PEMBELA membuat laporan polis mendesak Peguam Negara disiasat dan digantung tugas...
ReplyDeletehttp://www.bangkit.info/2014/06/laporan-polis-pembela-desak-peguam.html?showComment=1402708342651#c5571622711194579394