Wednesday, June 4, 2014

Lelaki Bakar Bekas Isteri di Tempat Kerja

Rabu, 4 Jun 2014 
 

EDINBURGH . Daily Mail :
Rakaman CCTV ini memperlihatkan Ahmad Yazdanparast (61) memegang bekas  putih berisi minyak yang dibawanya ke sebuah salon tempat kerja bekas isterinya. Di sana Ahmad kemudian menyiramkan minyak tersebut ke tubuh isterinya lalu membakarnya hidup-hidup.
 
Insiden mengerikan itu terakam kamera CCTV. Terlihat dalam rakaman kamera itu Ahmad Yazdanprast membeli minyak di sebuah stesyen minyak dalam perjalanan menuju ke salon Venus Hair & Beauty, tempat bekas isterinya  Ahdeih Khayatzadeh bekerja.

Dalam rakaman CCTV berikutnya terlihat Ahmad berjalan menuruni tangga sebelum membuka pintu salon berwarna putih. Kemudian dia menyiram isterinya dengan minyak dan membakarnya.

Ahdeih Khayatzadeh (46), ibu tiga anak itu, meninggal dunia pada Oktober tahun lalu setelah menderita luka terbakar di 95 peratus tubuhnya.

Ketika anggota bomba dipanggil ke Maxwell Place, lokasi salon itu berada, pada 12 Oktober 2013, mereka menemui Ahdeih dalam keadaan masih hidup dan meninggal dunia katika dirawat di rumah sakit.

Dalam proses perbicaraan yang sudah berlangsung selama dua minggu di Mahkamah  Tinggi Edinburgh, Scotland , terungkap bahawa Ahmad Yazdanparast (61) menyerang isterinya setelah perempuan itu menceraikannya.

Di mahkamah juga diketahui bahawa pasangan yang berpisah pada Ogos 2010 itu memang memiliki potensi "konflik" kerana Ahmad Yazdanparast sebenarnya tak ingin berpisah dengan isterinya .

Mahkamah tinggi Edinburgh akhirnya memutuskan Ahmad Yazdanparast bersalah melakukan pembunuhan, tetapi hukumab  belum dijatuhkan.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Daily Mail/ kompas.com

No comments:

Post a Comment