Sunday, June 1, 2014

Mahkamah arah pasangan ini bercerai kerana kahwin saudara sesusu

01/6/14

Diketahui menyusu pada wanita sama, pasangan Saudi diminta cerai
Gambar hiasan
 Sebuah mahkamah di Arab Saudi telah mengeluarkan sebuah keputusan untuk perceraian kepada pasangan yang ditemui telah disusui oleh wanita yang sama ketika mereka masih bayi. 

Pasangan itu telah menikah selama 25 tahun, di mana keduanya telah dikurniakan tujuh anak. Dikatakan bahawa kes mereka telah dikaji selama tiga bulan, seperti dilapor stesyen televisyen    Al Arabiya, Sabtu (31/5), mengutip laporan surat khabar the Saudi Gazette, kemarin.

Dalam Islam, kanak-kanak yang menyusu pada ibu yang sama dianggap saudara sesusu , dan mereka diharamkan berkahwin. Mereka  dianggap sebagai saudara 

Dalam hal ini, kes itu telah dikaji oleh Mufti Agung Saudi Syekh Abdulaziz al-Asheikh, yang menyetujui perceraian itu.

No comments:

Post a Comment