11/6/14
Seorang lelaki Arab Saudi dilaporkan telah ditembak oleh isteri pertamanya hanya beberapa hari setelah dia menikah seorang lagi.
Lelaki dan pengantin barunya itu diserang oleh isteri pertamanya di Al-Jouf, sebuah daerah dekat perbatasan di sebelah utara Saudi, seperti dilapor stesyen televisyen Al Arabiya, Selasa 10/6/14.
Lelaki itu mati di tempat kejadian setelah isteri pertamanya menembaknya beberapa kali. Ini seperti dikatakan seorang sumber kepada Al Arabiya News Channel.
Isteri keduanya juga ditembak dan kini berada dalam keadaan kritikal di rumah sakit.
Tindakan poligami diperbolehkan di Arab Saudi.
No comments:
Post a Comment