Militan ISIL muat turun gambar pembunuhan beramai-ramai di Irak ( video)
16/6/14
An image posted by militants
from the Islamic State in Iraq and Syria appears to show insurgents
leading away captured Iraqi soldiers. The militants’ claims of mass
execution could not be independently verified.
Credit
via Associated Press Ketika pemerintah Irak memperkuat pertahanan di Ibu Kota Baghdad kelmarin,
kelompok militan Islam yang berhasil menawan dua kota besar pada minggu
lalu telah memuatturun foto mengerikan memperlihatkan para militan
membantai puluhan tentera Irak yang ditangkap.
VIDEO
Gambar-gambar di sebuah web militan itu memperlihatkan bagaimana
para militan bertopeng dari Negara Islam Irak dan Syria (ISIL),
mengumpulkan para tawanan ke truk sebelum memaksa mereka untuk berbaring
tertelungkup di selokan dangkal dengan tangan terikat di belakang
punggung mereka. Gambar akhir menunjukkan tubuh para tawanan direndam
dalam darah setelah ditembak , seperti dilansir stesyen televisyen Al
Arabiya, pada 15/6/14.
Gambar-gambar mengerikan ini boleh mempertajam ketegangan sektarian di
Irak kerana ratusan warga Syiah telah menyaut panggilan dari
pemimpin spiritual mereka yang paling dihormati untuk mengangkat senjata
melawan militan Sunni yang telah menyerbu di bahagian utara. ISIL telah
bersumpah untuk melancarkan pertempuran ke Baghdad dan kota-kota di
selatan tempat beradanya rangkaian Syiah yang dihormati.
Sebutir bom kereta meledak di pusat kota Baghdad, membunuh sepuluh
orang dan mencederakan 21 lainnya, kata polis dan pegawai rumah sakit.
Baghdad telah melihat meningkatnya bunuh diri dan pengebom kereta dalam
beberapa bulan terakhir, sebahagian besar mensasarkan kawasan Syiah atau pasukan keselamatan .
Meskipun kota berpenduduk tujuh juta orang itu tidak dalam bahaya jatuh
ke tangan militan, insiden pengeboman kelmarin boleh meningkatkan ketegangan.
Harga makanan di kota itu telah meningkat dua kali ganda dalam beberapa
kes kerana adanya gangguan pengangkutan di jalan utama menuju utara
dari ibu kota.
Pemerintah juga telah mendukung pertahanan di sekitar Baghdad
kelmarin, sehari setelah ratusan warga Syiah berkumpul di jalanan dalam
menanggapi panggilan dari Ayatollah Ali al-Sistani bagi rakyat Irak
untuk membela negara mereka. ISIL telah bersumpah untuk menyerang
Baghdad tapi perjalanan mereka menuju ke selatan tampaknya telah
terhenti dalam beberapa hari terakhir.
Pegawai pemerintah mengatakan pejuang ISIL mencuba untuk merebut kota
Tal Afar di Irak utara kelmarin dan menghujani roket yang berhasil
mereka rampas minggu lalu dari depot senjata tentera.
Para pegawai
mengatakan ramai warga setempat menderita cedera parah dan rumah sakit
utama kota itu tidak mampu menampung warga yang terluka, tanpa
memberikan angka pastinya.
Para pegawai berbicara tanpa menyebutkan nama kerana mereka bimbang untuk berbicara kepada wartawan. Tal Afar merupakan kota
dihuni oleh warga Turkmen, yang menjadi etnik minoriti.
Juru cakap tentera Irak, Leftenan Jenderal Qassim al-Moussawi,
menegaskan bahawa pertempuran sedang berlaku di Tal Afar, tetapi
mengindikasikan bahawa militan menderita korban berat. Di semua kawasan di
utara ibu kota, dia mengatakan sebanyak 297 militan telah mati dalam 24
jam terakhir.
Namun, tidak ada cara untuk mengesahkan dakwaan itu secara mandiri.
ISIS dan sekutunya dari militan Sunni menawan wilayah besar di bahagian
Irak utara pada minggu lalu, termasuk kota terbesar kedua di negarai
itu, Mosul, dan kota kelahiran Saddam Hussein, Tikrit, di mana tentera
Irak, ramai dari mereka bersenjata dan dilatih oleh Amerika Syarikat,
melarikan diri dengan kekacauan, menyerahkan kenderaan, senjata dan
amunisi mereka kepada kelompok garis keras yang kuat, yang juga berjuang
di Syria.
Keterangan dari foto mengatakan pembunuhan itu untuk membalas
pembunuhan seorang komandan ISIS, Abdul-Rahman al-Beilawy, yang
kematiannya dilaporkan baik oleh pemerintah dan ISIL sesaat sebelum
serangan kilat sempalan kelompok Al-Qaidah itu, yang telah menjerumuskan
Irak ke dalam krisis paling berdarah sejak penarikan pasukan Amerika
pada 2011.
"Ini adalah nasib yang menanti warga Syiah yang dikirim oleh Nuri
untuk melawan Sunni," tulis satu keterangan, tampaknya mengacu pada
Perdana Menteri Irak Nuri al-Maliki dari Syiah.
Al-Moussawi, juru cakap tentera, membenarkan keaslian foto-foto itu
dan mengatakan dia menyedari kes pembunuhan massal terhadap tentera
Irak yang ditangkap di daerah yang berhasil dikuasai oleh ISIL.
Ketua hak asasi PBB Navi Pillay tiga hari lalu memperingatkan dari
adanya pembunuhan dan kejahatan perang lainnya di Irak, serta mengatakan
jumlah yang mati dalam beberapa hari terakhir mungkin terdapat ratusan
orang, sedangkan yang cedera boleh mencapai 1,000 orang.
Ketika berbicara di Jeneva, dia mengatakan pejabatnya telah menerima
laporan bahawa para militan menangkap dan membunuh tentera Irak serta 17 penduduk awam di sebuah jalan tunggal di Mosul.
Pejabatnya juga mendengar tentang "eksekusi dan pembunuhan di luar
hukum", setelah para militan ISIS menyerbu kota-kota Irak, kata
pernyataan itu.
Sebahagian besar perajurit yang muncul di gambar itu terlihat dalam
pakaian awam. Beberapa yang terlihat mengenakan seragam tentera di
bawahnya, menunjukkan mereka mungkin terburu-buru menyamar sebagai orang awam untuk mencuba melarikan diri.
Ramai tentera dan polis meninggalkan seragam dan peralatan mereka ketika militan menyerbu ke Mosul, Tikrit dan sekitarnya.
Keterangan dari gambar itu tidak memberikan tarikh atau lokasi
kejadian, tetapi Al-Moussawi mengatakan pembunuhan terjadi di Wilayah Salah ad Din, ibu kota Tikrit.
Beberapa gambar itu juga menunjukkan bagaimana beberapa tentera memohon untuk nyawa mereka, sementara lainnya tampak ketakutan.
Semua tentera yang ditangkap itu kemungkinan berusia di awal 20-an tahun, di mana beberapa di antaranya memakai baju kelab bolesepak Eropah seperti Manchester United dan Barcelona. Beberapa militan
mengenakan seluar hitam dan kemeja, ramai dari mereka memakai sandal.
kredit : youtube/ AP
Salam. Inilah sebenarnya yang mahu dilihat oleh puak yahudi dan kristian. pertumpahan darah sesama sendiri dan kemudiannya dijadikan alasan untuk menceroboh sekali lagi umat Islam di seluruh dunia.
ReplyDelete