Saturday, June 14, 2014

Mkini perjelas laporan dakwaan rasuah dalam pemilihan PKR

14 Jun 2014
Merujuk kepada artikel tersebut, 'PKR top leaders implicated in bribery claim', Malaysiakini kesal laporan itu telah disiarkan sementara menunggu komen diperolehi dari Dr A Xavier Jayakumar.

Wartawan yang menulis laporan itu telah berusaha menelefon Xavier sebanyak lima kali tetapi tidak menerima respons. Dia kemudiannya meninggalkan namanya dan nombor telefonnya kepada pembantu Xavier dalam usaha seterusnya untuk mendapat respons daripada beliau. Di samping itu, dia turut menghantar SMS meminta Xavier untuk segera menghubunginya.

Sementara dalam laporan tersebut, yang disiarkan pada jam 3.35 petang 5 Jun, menyatakan usaha sedang dibuat untuk menghubungi Xavier bagi mendapatkan komennya, namun Malaysiakini kesal kerana telah menyiarkan laporan tersebut sebelum mendapat komen berkenaan.

Bagaimanapun kami telah menyiarkan penafian penuh Xavier dalam laporan berasingan pada jam 8 malam hari yang sama bertajuk 'PKR Xavier denies bribery claim'. Malaysiakini seterusnya turut memasukkan penafian Xavier dalam laporan pertama.

Sekali lagi, Malaysiakini kesal bahawa laporan pertama telah disiarkan sebelum komen Xavier diperolehi. MK
 

No comments:

Post a Comment