11 Jun 2014
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berikrar akan mendedahkan lebih
banyak lagi berhubung isu geran RM100 juta Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) setelah Parlimen menolak soalannya.
Anggota Parlimen Pandan itu bertanya menteri bertanggungjawab Datuk Ewon Ebin dan perdana menteri sama ada mereka berdua sedia menandatangani akuan berkanun yang menyatakan dokumen yang didedahkan Rafizi adalah palsu.
Antara dokumen itu adalah surat didakwa daripada Pejabat Perdana Menteri kepada Ewon dengan lampiran minit mesyuarat perdana menteri dengan pegawai daripada sebuah syarikat NSE Resources Sdn Bhd.
Kedua-dua soalan ditolak oleh setiausaha parlimen Roosme Hamzah yang berkata soalan itu mengandungi hasil fikiran sendiri dan tidak berdasarkan fakta.
Rafizi justeru berkata, beliau menganggap dokumen itu asli kerana perdana menteri tetap berdiam diri berhubung perkara itu dan enggan menjawabnya di parlimen. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment