4/6/14
KUALA LUMPUR: Sekumpulan
saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi
rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali
terakhir oleh radar satelit.
Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.
Ia
percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat
penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth,
Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.
Namun
lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat
laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian
MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British,
Inmarsat sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.
Telegraph
turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin
dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.
Duncan
berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang
untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac
yang lalu.
“Hanya
25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat
MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada
New York Times.
Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.
Sementara
itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang
wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette bahawa
dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar
dari Lautan Hindi ke Thailand.
Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.
“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.
“Saya
fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik
perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih
panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.
Menurut
Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan
menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang
terbakar itu.
“Ada dua
pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak
ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal. Saya
masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti
sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi.
Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini.
Kawasan
laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian
pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari
kotak hitam pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370
hilang.
ASTRO AWANI
-------------------------------------
PHUKET - THAILAND.
Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur,
sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari
Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.
Katherine
Tee , 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan
Hindi tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut
aduannya tidak akan diberi perhatian serius.
"Saya
melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah
yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.
Katanya
lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti menjadi gila... Ia menarik
perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan
lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."
Ketika
kejadian, Tee sedang dalam pelayaran dari India ke Phuket. Turut sama
belayar, suaminya, Marc Horn, 50. Tambah Tee, dia tidak memberitahu
suaminya selepas melihat kejadian itu.
Memetik
laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat
Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370,
tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.
Penerbangan
MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin
radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke
Beijing.
No comments:
Post a Comment