KUALA LUMPUR: Lima daripada tujuh pertuduhan ke atas
Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini diketepikan selepas bantahan awal
pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru hari ini.
Zaidi yang juga Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibaca di Mahkamah TUDM di Sungai Besi pagi ini.
Semua
pertuduhan berkait dengan dakwaan beliaui memberi kenyataan kepada
media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.
Sebelum ini, lima pertuduhan yang diketepikan dibuat mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Bagaimanapun kesemua pertuduhan itu hari ini dipinda kepada Seksyen 51 akta sama.
Hari ini mahkamah sepatutnya turut mendengar dua lagi pertuduhan yang tinggal iaitu menghantar SMS berbaur politik ketika PRU13.
Peguam mewakili Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa adalah tidak adil untuk meminda pertuduhan terhadap anak guamnya apabila lima pertuduhan telah diketepikan sebelum ini.
Sambil menyifatkan ianya satu tindakan prejudis, Hanipa turut memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tuduhan yang dipinda itu.
Yang Dipertua Mahkamah Kolonel Saadon Hasnan bagaimanapun menangguhkan perbicaraan kepada jam 9 pagi esok selepas pihak pendakwaan memohon masa untuk membuat persiapan akhir.
Selain Saadon, lima lagi anggota mahkamah yang mendengar kes tersebut adalah Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mejar Mohd Khuzairi Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S. Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.
Zaidi dihadap ke mahkamah tentera dengan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang dan di Pangkalan Udara Butterworth antara 1 Mei dan 3 Mei 2013.
Selain Hanipa, Zaidi turut diwakili barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.
Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin. - HARAKAHDAILY 10/6/2014

No comments:
Post a Comment