14/6/14
Foto: copyright stomp.com.sg
Vemale.com -
Kisah benar ini boleh dikatakan sebagai tragedi pernikahan, kerana
diawali dengan satu penipuan dan niat yang tidak baik. Seorang
wanita dari Singapura, Chua Soo Fong , 47 tahun menceritakan kisah
tentang mantan suaminya yang baru diketahui ternyata dulunya seorang
wanita. Mantan suaminya itu menutupi kebenaran dan berkahwin hanya kerana duit, dilaporkan oleh Lianhe Wanbao.
Mulanya, pasangan ini
berkenalan di tahun 2002 secara online. Kemudian mereka bertemu dan
saling sesuai. Kerana merasa selesa, keduanya memutuskan untuk pacaran.
Bahkan, mereka berdua memutuskan tinggal bersama. Walau demikian, Chua
Soo Fong mengaku bahawa mereka berpacaran hanya sebatas bergandingan
tangan dan ciuman.
Ketika masih pacaran, pasangan Chua Soo Fong
sering meminjam wang dalam jumlah yang sangat banyak. Namun kerana
percaya bahawa pasangannya lelaki baik, Chua Soo Fong tidak keberatan.
Seiring berjalannya waktu, Chua Soo Fong merancang membeli sebuah
apartemen seharga $ 730.000 . Kepemilikan itu
disepakati akan jadi milik berdua setelah berkahwin.
Pada
tahun 2009, pasangan ini berkahwin, namun Chua Soo Fong menemui
kejanggalan pada pasangannya. Setelah berkahwin, suaminya selalu menolak berhubungan intim
dengan berbagai alasan, mulai keletihan, kurang tidur, bahkan menyuruh Chua
Soo Fong mencari orang lain saja untuk berhubungan intim.
Kejanggalan
ini terus berlanjut dan Chua Soo Fong curiga bahawa suaminya hanya ingin
mengikis hartanya. Hal ini didasari kerana Chua Soo Fong yang membayar
semua cicilan apartemen, membayar cukai, bil, tagihan, biaya hidup, asurans
dan semua keperluan sehari-hari. Sementara itu sang suami hanya membayar
setengah tagihan bil elektrik apartemen mereka.
Tidak selesa dengan
perkahwinan ini, Chua Soo Fong mengajukan gugatan cerai di tahun 2011. Ketika itulah, setelah 9 tahun, dia baru menyedari bahawa suaminya ternyata
dulunya seorang wanita dari arsip mahkamah. Sang suami mengubah jenis
kelaminnya sehingga mengaku tidak akan boleh melahirkan anak.
Di
sisi lain, sang mantan suami, Chai Woon Wuy, 50 tahun mengatakan bahawa
dia tidak ada niat mengikis harta mantan isterinya, kerana dia memang
mencintai wanita itu. Chai Woon Wuy mengaku bahawa setelah berkahwin, dia
kehilangan pekerjaan dan kelakuan isterinya sangat kasar, sehingga dia
memutuskan setuju untuk bercerai.
Semoga kisah ini menjadi
pelajaran bagi kita semua. Kenali calon suami dengan baik, mulai dari
masa lalu hingga keluarganya. Sehingga tidak ada lagi pernikahan yang
berlangsung dengan sebuah rahsia, kerana pernikahan adalah tentang
kejujuran dan ketulusan hati.
No comments:
Post a Comment