7/6/14
Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah
Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak
membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, keluar dari rumah keluarga
mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.
Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada
waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu
negara itu pada 28 April lalu dengan hasrat untuk pulang menemui
keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba
abdi oleh keluarga mentua sendiri.
Tepat jam 6.25 pagi semalam, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama
dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata,
dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf
kepada orang tuanya itu.
Sambil menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku, Ayu tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia ‘diperalatkan’ suaminya yang mengajaknya ke kampung halaman di Nepal untuk bercuti sebelum dia diperlakukan seperti hamba selepas suaminya berhijrah ke Qatar untuk bekerja.

“Mula-mula datang ke kampung suami untuk cuti saja. Suami beritahu untuk cuti dan berjumpa keluarga. Bila keadaan semakin teruk dengan penerimaan keluarga yang memberi layanan teruk, dia pula pergi ke Qatar dan saya kena buat kerja macam-macam. myMetro
No comments:
Post a Comment