Oleh Rosliza Mohamed
Kota Bharu: “Demi kebahagiaan, kami terpaksa serahkan kamu kepada
orang lain yang lebih berkemampuan.” Demikian kandungan surat yang
ditulis ibu berketurunan Cina sebelum menyerahkan anaknya kepada
keluarga angkat sejak 40 tahun lalu.
Rohani Hasan yang ketika itu berusia sebulan diserahkan kepada
keluarga angkat berbangsa Melayu berikutan desakan hidup keluarganya
ketika itu.
Rohani, 40, berkata, meskipun sudah terlalu lama terpisah dengan
keluarga kandung, dia yakin dapat bertemu dengan mereka berdasarkan
surat itu dan tiga keping gambar yang masih disimpan hingga kini.
“Surat dan gambar ini diberikan kepada saya ketika berusia 16 tahun, selepas diberitahu mengetahui status sebenar oleh arwah ayah dan ibu angkat iaitu Datuk Hasan Yaacob serta Nik Kamariah Nik Ismail.

“Saya akui terlalu sedih sebaik diberitahu perkara sebenar kerana tidak sangka keluarga kandung sanggup melakukan demikian. Namun apabila arwah emak (Nik Kamariah) menyerahkan surat berkenaan yang ditulis dalam bahasa Cina bersama gambar, hati saya cukup tersentuh.myMetro
No comments:
Post a Comment