Tuesday, June 24, 2014

Wanita Diperkosa 4 Lelaki

23/06/2014 

 
Gambar hiasan
Kathmandu, -Seorang wanita Amerika Syarikat diperkosa secara bergiliran oleh empat lelaki di Nepal. Mangsa  diperkosa di sebuah bilik hotel di ibukota Kathmandu.

Mangsa  telah tinggal di Nepal dengan menggunakan visa perniagaan  sejak tahun 2013. Wanita berumur 40 tahun itu diserang pada 14 Jun  lalu di sebuah hotel di kawasan pelancungan Thamel.

"Dia menghabiskan malam itu bersamalelaki-lelaki  tersebut dan mereka minum-minum. Mereka kemudian pergi ke sebuah hotel, dan di sana dia pengsan," ujar seorang panggota polis Nepal, Senior Superintendent Hemant Bahadur Pal kepada   berita AFP,  23/6/2014 .

"Ketika dia terjaga, dia menyedari bahawa dia telah diperkosa," tambah Pal.

Dikatakan Pal, dua dari empat suspek telah ditangkap. Namun mereka membantah melakukan pemerkosaan. Sementara dua orang suspek lainnya ketika ini masih diburu polis.

Jika terbukti bersalah, keempat lelaki tersebut terancam hukuman penjara setidaknya 10 tahun. detikNews

No comments:

Post a Comment