Friday, July 11, 2014

Bubar parti, DAP tak mahu layan

sinarharian
Anthony Loke Siew Fook 
  •  Anthony Loke Siew Fook
SHAH ALAM – Parti komponen PR, DAP tidak mahu melayan desakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa agar parti itu dibubarkan.

“Saya tak mahu layanlah (gesaan bubar parti),” kata Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa memecat Pengarah Ketua Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Mohammad Razin Abdullah susulan kegagalan menyelesaikan isu berkaitan DAP dan membubarkan parti itu.

Ketika ditanya tentang perkembangan status Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Anthony meminta agar ia dirujuk kepada KDN dan ROS.

“Itu kena tanya KDN dengan ROS lah,” katanya.

Sebelum ini, ROS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kerja Pusat CEC DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember 2012 ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Isu pemilihan CEC parti berkenaan menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment