11 Jul 2014
Seorang MP DAP, Lim Lip Eng mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak hanya cuba meraih publisiti dengan melakukan tinjauan ke atas
kumpulan gelandangan di Kuala Lumpur tanpa memberi apa-apa kebaikan
kepada golongan itu.
“Kunjungan perdana menteri (pada hari Rabu) tidak memberi apa-apa kebaikan nyata tetapi hanya untuk meraih publisiti bagi meningkatkan imej partinya yang tercalar,” kata Lim (kanan) dalam satu kenyataan semalam.
MP Segambut itu mendakwa Najib tidak mengetahui apa yang dilakukan dan hanya membuat kunjungan semata-mata.
“Saya hairan kerana tujuan kunjungan perdana menteri itu hanya untuk melihat kehidupan mereka dan membiarkannya tanpa membuat apa-apa... Apa nasib yang akan menimpa (golongan gelandangan) selepas tamat pemeriksaannya?,” soalnya.
Beliau mendakwa Najib tidak membuat apa-apa tindakan dalam membantu golongan tersebut walau telah berjanji untuk berbuat demikian sejak beberapa tahun lalu.
“Perdana menteri dan BN tidak banyak berusaha untuk mengurangkan beban golongan gelandangan, selain membuat pengumuman untuk membuat itu dan ini,” katanya lagi.
Najib dalam kunjungannya itu turut memberitahu pemberita bahawa kerajaan akan menubuhkan tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota, dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.
"Ia tidak patut lama... dalam enam bulan akan siap," kata perdana menteri kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur jalanan di sekitar Jalan Tun Perak pada Rabu malam.
Kunjungan mengejut itu dilakukannya selepas timbul bantahan ke atas keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menghalang operasi dapur umum, yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin, dari terus beroperasi di pusat bandar.
Kunjungan itu dibuat sehari selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat tinjauan sama ke atas satu operasi dapur umum di negeri tersebut.
Lim menitiskan air mata kerana sedih melihat keadaan golongan tersebut dalam kunjungan yang mendapat liputan meluas itu.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment