KIRA-KIRA 720 unit rumah kos rendah dengan harga
jualan RM45,000 mampu dibina setiap tahun sekiranya kerajaan
melaksanakan caj baharu RM100 bagi setiap kenderaan Singapura yang
memasuki negara ini.
Anggaran itu dibuat berdasarkan hasil kutipan daripada permit kemasukan kenderaan (VEP) ke atas 325,000 kenderaan Singapura yang memasuki negara ini.
Jumlah kenderaan tersebut pula adalah berdasarkan kepada maklumat yang dikeluarkan pada 2010.
Secara kasarnya, jika caj tersebut dilaksanakan, kerajaan boleh mendapat RM32.5 juta hasil kutipan.
Jumlah ini sekiranya digunakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan di negara ini boleh memberi manfaat besar kepada mereka.
Bagaimanapun itu hanya berdasarkan statistik kenderaan Singapura yang masuk pada 2010.
Jumlah kenderaan Singapura yang memasuki negara ini dipercayai telah jauh meningkat berdasarkan statistik pelawat dari negara berkenaan.
Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Rozaini Bahari pada 2013, seramai 17.3 juta rakyat negara itu memasuki negara ini.
Angka itu terus meningkat dan sehingga Mei 2014, ia sudah pun mencecah sebanyak 17 juta pelawat.
Sebagai perbandingan lain pula, kerajaan boleh menggunakan hasil kutipan tersebut bagi membantu 900 keluarga miskin dengan pembayaran RM300 sebulan bagi setiap keluarga untuk setahun.

No comments:
Post a Comment