Saturday, July 5, 2014

Larang kuliah di masjid, bukan Islam bantu Ustaz Azhar

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata walaupun ada larangan ke atasnya untuk mengadakan kuliah di masjid dan surau di lokasi tertentu tetapi ada pihak menyediakan tempat mengadakan kuliah termasuk bukan Islam.

“Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar, yang siap segera dibersihkan seawal hari hendak diadakan kuliah walaupun tapak itu sebelum itu digunakan menyimpan jentera bagi kerja-kerja berat.

“Pemilik bukan Islam itu telah beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.

“Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya itu,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium di sini petang semalam.

Sementara di Kulai, Johor pula, kata Ustaz Azhar, sebelum diadakan kuliah, sejak awal lagi surat telah dihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau.

Ekoran itu, seorang bukan Islam telah bermurah hati memberikan tapak miliknya untuk digunakan dengan sewaan yang sangat rendah dan kuliah Ustaz Azhar itu berjaya diadakan dengan dihadiri lebih 10,000 orang.

“Larangan supaya tidak mengadakan kuliah agama di masjid dan surau itu  menggambarkan sikap sesetengah muslim di negara kita,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/7/2014

No comments:

Post a Comment