- Tan Sri Khalid dilihat sedang mempengerusikan mesyuarat di SUK, hari ini. - Foto ihsan Twitter Arfa'eza Aziz
SHAH ALAM - Khabar angin yang bertiup kencang kononnya Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal meletakkan jawatan hari
ini, terus bertebaran dan masih menjadi teka-teki.
Namun menerusi Twitter Setiausaha Akhbarnya, Arfa'eza Aziz, Abdul Khalid nampaknya masih menjalankan tugas seperti biasa.
“Bersama MB Selangor @Khalid_Ibrahim mempengerusi mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam,” tulisnya di laman mikro Twitter kira-kira jam 12 tengah hari.
Menerusi aplikasi WhatsApp semalam tersebarnya berita kononnya Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor pagi tadi untuk menyerahkan surat peletakan jawatan.
Ekoran itu, pekarangan istana Selangor menjadi perhatian pemberita yang setia menantikan kelibat pemimpin berkenaan.
Malah yang terbaru hari ini, satu lagi mesej tersebar kononnya jawatan Abdul Khalid akan digantikan oleh Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad.
“Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kepada DYMM Tuanku Sultan. Exco Kerajaan Negeri YB Iskandar Abdul Samad telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid dan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada jam 2.00 petang ini - Bernama."
Bernama dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pihaknya telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan MB Selangor itu.

Sementara itu, wakil media turut berkumpul di bangunan Darul Ehsan
menantikan Abdul Khalid yang sedang bermesyuarat bagi menjawab
desas-desus yang bertebaran ini.
No comments:
Post a Comment