7 Jul 2014
Pemuda PAS Malaysia (PPM) meluangkan masa mengedarkan dan bersahur
bersama gelandangan dan musafir di sekitar stesen bas Pudu Sentral demi
menyelami realiti dan keperitan kehidupan kumpulan itu di ibu kota.
Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat bersama timbalannya Khalid Abdul Hadi dan beberapa exconya mengagihkan 100 bungkus nasi dan minuman kepada kumpulan tersebut di sekitar stesen bas itu kira-kira jam 4.30 pagi ini.
Suhaizan berkata inisiatif mereka itu mendapat sambutan meriah apabila kumpulan itu berpusu-pusu menerima juadah yang dihulurkan malah bersila bersama pimpinan Pemuda bagi menikmati juadah itu.
"Tidak sampai sejam, nasi bungkus habis diedarkan dan kami merasa puas berkhidmat dan berbakti kepada warga kota.
"Sedikit pengalaman ini cukup buat kami merasai denyut nadi masyarakat bahawa ada segelintir mereka yang benar-benar tersepit dalam arus kemodenan dan kos hidup yang terlalu tinggi sehingga hanya mampu menjadikan perhentian bas, bawah jambatan, bangunan, lorong gelap sebagai kediaman mereka.
"Sebahagiannya pula hidup di tengah malam dengan melakukan pelbagai pekerjaan tetap atau sampingan bagi menampung keperluan keluarga," kata Suhaizan dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, kata Suhaizan, ramai gelandangan yang miskin berada di tengah kota dan mereka bakal dihalau atau didenda jika cadangan kerajaan menjadi kenyataan.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment