Friday, July 18, 2014

PM: Bawa ke muka pengadilan jika MH17 ditembak jatuh

18 Jul 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata, Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

"Jika didapati ia benar-benar ditembak jatuh, kita menggesa agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan", katanya dalam sidang media pagi ini.

Katanya, pihak kerajaan Ukraine percaya bahawa pesawat itu ditembak jatuh, tetapi perkara itu masih belum dapat disahkan.

Beliau juga menggesa agar satu “koridor kemanusiaan” ditubuhkan di kawasan bencana bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Siasatan tidak boleh dihalang dalam apa jua cara. Kita mesti mendapat akses sepenuhnya ke kawasan pesawat terhempas dan tiada siapa boleh campur tangan atau mengalihkan apa-apa serpihan, termasuk kotak hitam,” katanya. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment