18/7/14
IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin.
LIDAH
rasmi Rusia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka
telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu
Moscow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam
15:44 waktu Moscow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding
IL-96.
Menurut
sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu
disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Rusia.
IL-96
adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin
yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Rusia
selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.
Menurut
satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa
Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang
sama.
Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunyai struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama.
Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang, katanya.
-Sinar harian
No comments:
Post a Comment