Thursday, July 24, 2014

Warga Negara Indonesia Jadi Pesalah Pertama Hukum Syariah Brunei

 Rabu, 23 Jul  2014 

 
AFP Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN,    Seorang warga negara Indonesia menjadi orang pertama yang dihukum  menggunakan undang-unang  syariah di Brunei Darussalam.

Menurut harian The Brunei Times, lelaki Indonesia bernama Eko Sulistiono itu tertangkap  sedang merokok ketika bulan Ramadhan.

Seorang pegawai mahkamah, Hj Zuraina Dato Seri Hj Abd Rahman, mengatakan, Eko ditangkap setelah merokok pada siang hari di bengkel kereta tempatnya bekerja. "Dia ditangkap polis syariah pada 9 Julai lalu di kawasan Benkurang Masin," kata Zuraina.

Setelah menjalani perbicaraan, pada 21 Julai lalu Eko didakwa melanggar Undang-Undang  Syariah 2013 Pasal 195 ayat 1. Akibatnya, dia dihukum denda 2,500 dollar AS atau lebih dari Rp 25 juta dan kurungan enam bulan.

Mahkamah mengatakan, Eko sudah membayar lunas dendanya dan kini dia harus menjalani hukuman kurungannya.

Brunei Darussalam resmi menjalankan  undang-undang antarabangsa  pada 1 Mei lalu.

Sebahagian besar hukuman dapat diterapkan untuk non-Muslim yang jumlahnya sekitar sepertiga dari 440,000 jiwa warga negara Brunei Darussalam.

Meski demikian, kelompok pegiat HAM antarabangsa menyebut tindakan Brunei sebagai suatu langkah mundur bagi hak asasi manusia.KOMPAS.com
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: The Brunei Times

No comments:

Post a Comment