24/8/14

band metal Isis asal Amerika. ©the Independent
Band
muzik metal dari Amerika Syarikat Isis menerima kecaman di Internet oleh
orang yang mengira mereka adalah anggota kelompok militan Negara Islam
Irak dan Syria (ISIS) yang baru-baru ini menyembelih wartawan Amerika
James Foley di Syria.
Kerana ada tekanan dari pengguna dunia maya tentang nama band mereka, akhirnya mereka mengubah nama band mereka di laman media sosial Facebook menjadi 'Band Isis'. Halaman band mereka di Facebook kini sudah disukai oleh lebih 170 ribu penggemar, seperti dilansir surat khabar the Independent, Sabtu (23/8).
Band yang dibentuk pada 1997 di Kota Boston lalu pindah ke California ini sudah mengeluarkan sembilan album, termasuk Pantopticon dan Celestial. Mereka lalu bubar pada 2010 namun beberapa anggotanya akan tampil bersama anggota band Deftones dalam tour akhir tahun ini.
Mereka mengatakan penggemar menjadi kurang selesa mengenakan baju band Isis dalam beberapa acara muzik belakangan ini.
"Sejumlah penggemar mengirim surat elektronik berisi penolakan memakai baju kami dan mereka juga memberi komentar miring," kata mantan penggebuk drum Isis Aaron Harris kepada stesyen televisyen ABC News.
"Seperti juga penggemar kami, kami hampir tidak percaya dengan berita yang kami dengar. Kami belum berkomentar tentang insiden pembunuhan itu kerana band kami tidak aktif sejak 2010, meski muzik kami masih terus ada. Kami tetap mengaktifkan halaman Facebook untuk memberi maklumat teranyar tentang projek muzik kami."
merdeka.com
No comments:
Post a Comment