11/8/14
Tentera wanita Israel berpose dengan produk Garnier. english.alarabiya.net ©2014
Perusahaan
kosmetik raksasa Garnier mendapat hujatan keras di jejaring sosial dan
pelbagai laman Internet. Ini lantaran mereka mengunggah foto produk
bersama dengan tentera wanita Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Stesyen televisyen Al Arabiya melaporkan, Isnin (11/8), foto itu
disebarkan di Internet. Sekitar 500 produk diberikan oleh Garnier pada
tentera wanita IDF bersama ungkapan kebanggaan mereka. "Garnier bangga
telah menghantarkan paket kecantikan ini untuk para kaum hawa IDF dan kami
juga akan mendermakan produk ini untuk Israel," pasukan pembela israel
menuliskan ini di akaun Facebook mereka.
Selain itu mereka juga mengatakan para tentera wanita IDF mendapat
perawatan wajah dan tubuh agar lebih bersemangat membela Negeri Bintang
Daud itu.
Menurut Pengarah Komunikasi Perusahaan Garnier Kari Kerr, itu
merupakan dukungan dari cawangan tempatan mereka dan bukan kebijakan Garnier
pusat. Kerr meminta maaf bila banyak yang tersinggung dengan unggahan
foto itu.
Foto itu mendapat ribuan tanggapan dan kebanyakan menyerukan untuk
memboikot produk Garnier. Di jejaring sosial Twitter juga ramai
menggunakan tanda pagar #BoycottGarnier.
Salah seorang pengguna Twitter dengan akaun @masudcouk mengatakan
seharusnya Garnier mengirimkan paket mereka ke Jalur Gaza dan warga di
sana yang telah kehilangan segalanya. Pemilik akaun @LeShaque bahkan
meninggalkan shampo yang telah digunakannya selama satu dekade lantaran
produk Garnier.
Merdeka.com
No comments:
Post a Comment