18 Aug 2014

Seorang exco PAS mendakwa parti itu mencalonkan Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali kerana dimaklumkan bahawa Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail tidak diperkenan Sultan Selangor.
Ditemui wartawan di Shah Alam hari ini, Sallehen Mukhyi yang juga ADUN Sabak berkata hal itulah yang menjadi sebab mengapa PAS tidak menyokong Wan Azizah sebelum ini.
"Kami
dah memperjelaskan dalam kenyataan sebelum itu, memang kita tak setuju
Wan Azizah bukan kerana dia perempuan, tapi kerana kita dimaklumkan
(oleh) Istana bahawa Istana tidak memperkenan Wan Azizah," kata
Sallehen.
Tengah hari semalam, PAS mengumumkan keputusannya dengan mencalonkan Azmin menjadi menteri besar di samping calon sedia ada Wan Azizah, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di sebelah petang, gabungan pembangkang itu bersetuju Wan Azizah sebagai satu-satunya nama yang akan dihantar kepada Sultan Selangor.
Ini kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa bersetuju menurut keputusan parti dan akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar.
Beberapa pemerhati politik menjangkakan Sultan akan meminta nama lain untuk dicadangkan kepada baginda dan menolak Wan Azizah.
Sallehen bagaimanapun tidak mahu memberi komen lanjut perkara itu.
Beliau berkata ini mungkin peluang menunjukkan kepada Sultan bahawa Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.
"Tapi boleh jadi ini satu percubaan dibuat secara rasmi untuk hantar nama Wan Azizah, jadi selepas daripada itu saya tak boleh komen," katanya.
Sementara
itu, ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad pula berkata, beliau
juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin
Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai
pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.
"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.
Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor
Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.
Sementara
itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih
penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.
"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.
"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Amin (kiri).
Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri Selangor.Malaysiakini
Ditemui wartawan di Shah Alam hari ini, Sallehen Mukhyi yang juga ADUN Sabak berkata hal itulah yang menjadi sebab mengapa PAS tidak menyokong Wan Azizah sebelum ini.
Tengah hari semalam, PAS mengumumkan keputusannya dengan mencalonkan Azmin menjadi menteri besar di samping calon sedia ada Wan Azizah, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di sebelah petang, gabungan pembangkang itu bersetuju Wan Azizah sebagai satu-satunya nama yang akan dihantar kepada Sultan Selangor.
Ini kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa bersetuju menurut keputusan parti dan akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar.
Beberapa pemerhati politik menjangkakan Sultan akan meminta nama lain untuk dicadangkan kepada baginda dan menolak Wan Azizah.
Sallehen bagaimanapun tidak mahu memberi komen lanjut perkara itu.
Beliau berkata ini mungkin peluang menunjukkan kepada Sultan bahawa Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.
"Tapi boleh jadi ini satu percubaan dibuat secara rasmi untuk hantar nama Wan Azizah, jadi selepas daripada itu saya tak boleh komen," katanya.
"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.
"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.
Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor
Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.
"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.
"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Amin (kiri).
Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri Selangor.Malaysiakini
No comments:
Post a Comment