9 Aug 2014
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan
PKR yang memecat keanggotaan beliau daripada parti adalah “salah dan
cacat dari segi undang-undang”.
Katanya, beliau bagaimanapun tetap menerima keputusan tersebut dan akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar, sementara menunggu pandangan Sultan Selangor berhubung kedudukannya.
“Sehingga
isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan
undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya
akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai menteri besar
mengikut kemampuan saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu petang ini, Majlis Pimpinan Pusat PKR memtuskan untuk memecat keanggotan beliau daripada parti berkuatkuasa serta merta.
Beliau didapati mengingkari keputusan mesyuarat MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru. Malaysiakini
Katanya, beliau bagaimanapun tetap menerima keputusan tersebut dan akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar, sementara menunggu pandangan Sultan Selangor berhubung kedudukannya.
Terdahulu petang ini, Majlis Pimpinan Pusat PKR memtuskan untuk memecat keanggotan beliau daripada parti berkuatkuasa serta merta.
Beliau didapati mengingkari keputusan mesyuarat MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment