2/8/14
Sistem pertahanan anti rudal Israel. theatlanticwire.com
Kongres
Amerika Syarikat kelmarin bersetuju anggaran sebesar 225 juta dolar
Amerika untuk sistem pertahanan antirudal Israel
atau Iron Dome, ditujukan untuk menghancurkan rudal yang ditembakkan
oleh pejuang Hamas sebelum boleh mencapai sasaran mereka.
Kongres Amerika bersetuju pendanaan itu dengan perolehan suara 395
berbanding delapan membantah pada Jumaat malam waktu setempat, seperti dilansir
stesyen televisyen Channel NewsAsia, Sabtu (2/8).
Senat sebelumnya menyetujui dengan sebulat suara tindakan itu sebelum
dimulainya reses musim panas selama lima minggu. Langkah ini sekarang
tinggal menunggu tanda tangan Presiden Barack Obama.
Dana belanja darurat itu, yang menambah defisit Amerika, akan mendanai kembali sistem Iron Dome dengan rudal pencegat.
Dana tersebut merupakan sebahagian dari permintaan pemerintah sebesar 3.1
billion dolar Amerika untuk bantuan tentera kepada
Israel, negara penerima bantuan luar negeri terbesar Amerika di dunia.
Kongres menyediakan dana 235 juta dolar Amerika untuk sistem Iron Dome pada tahun lalu.
Rumah Putih awalnya telah meminta sekitar 176 juta dolar Amerika untuk sistem Iron Dome pada tahun 2015, tetapi anggota
parlimen Amerika meningkatkan jumlahnya.
Kongres sering meningkatkan pendanaan untuk projek-projek keselamatan Israel yang dimintakan oleh presiden.
[fas] okezone
No comments:
Post a Comment