13 Aug 2014
Sekumpulan NGO hari ini tampil menuntut pengunduran segera Tan Sri
Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, yang kini tidak berparti
setelah dipecat PKR.
“Setiap
ketua kerajaan yang hilang keyakinan partinya patut berundur dengan
baik. Khalid patut letak jawatan secara terhormat,” kata NGO itu dalam
kenyataan hari ini.
“Khalid (kiri) tidak mempunyai mandat langsung dan mandat peribadi kerana Selangor bukan negara demokrasi berpresiden.”
Bagaimanapun, kata mereka, Khalid bukan sahaja terus berpaut pada kuasa, tetapi turut memecat exco daripada PKR dan DAP, tindakan yang dianggap mengkhianati demokrasi dan pengundi.
NGO terlibat adalah Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM). Malaysiakini
“Setiap
ketua kerajaan yang hilang keyakinan partinya patut berundur dengan
baik. Khalid patut letak jawatan secara terhormat,” kata NGO itu dalam
kenyataan hari ini.“Khalid (kiri) tidak mempunyai mandat langsung dan mandat peribadi kerana Selangor bukan negara demokrasi berpresiden.”
Bagaimanapun, kata mereka, Khalid bukan sahaja terus berpaut pada kuasa, tetapi turut memecat exco daripada PKR dan DAP, tindakan yang dianggap mengkhianati demokrasi dan pengundi.
NGO terlibat adalah Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM). Malaysiakini
No comments:
Post a Comment