Harakahdaily
RAMAI berpandangan kerajaan perlu muhasabah
berikutan tragedi malang yang melibatkan dua pesawat kepunyaan Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tahun 2014 ini.
Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac sehingga sekarang masih menjadi misteri kerana seramai 239 penumpang dan anak kapal tidak dapat dikesan. Ketika tangisan pilu MH370 belum reda, negara diratapi pula dengan tragedi tembakan sebuah lagi pesawat negara iaitu MH17 di Ukraine.
Dalam tragedi 17 Julai lalu, pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang dalam perjalanan dari Amsterdem ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine.
Mula transformasi pramugari MAS bertudung
Mengingati tragedi itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Normala Sudirman berkata kerajaan perlu melaksanakan transformasi ke arah mengembalikan imej dan reputasi MAS dengan beberapa pendekatan.
Pendekatan itu hendaklah ke arah kaedah yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi demi menjamin keberkatan dan produktiviti yang cemerlang dunia akhirat.
"Salah satu daripadanya langkah membenarkan pramugari dan kakitangan penerbangan bertudung menutup aurat dengan sempurna selain menghentikan hidangan arak kepada penumpang," katanya.
Perkara itu katanya, telah lama disuarakan pimpinan dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tetapi tidak diambil peduli kerajaan dan pengurusan MAS.
Baca Seterusnya

No comments:
Post a Comment