Thursday, August 28, 2014

Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno

28 Aug 2014

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada ahli Umno.

Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut melalui satu kenyataan pada Februari lalu yang mengaitkan parti tersebut dengan kejadian membaling molotov cocktail pada satu gereja.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Rafizi berdepan hukuman penjara dua tahun, denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan tarikh 30 September depan bagi pendengaran semula kes tersebut.

Rafizi diwakili peguam Eric Paulsen, V Rajah dan N Surendran manakala pendakwaa dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun.

No comments:

Post a Comment