Sunday, August 31, 2014

Survei: Anak-anak Inggeris Kurang Bahagia

  31/8/14  
Anak-anak Inggeris kurang berbahagia dan kurang merasa puas jika dibandingkan dengan anak-anak di negara-negara membangun, kata sebuah jajak pendapat. Laporan dari Children's Society's Good Childhood Report menempatkan England di belakang negara seperti Rumania, Brazil dan Afrika Selatan.

England berada di urutan kesembilan dari 11 negara yang disurvei - sebelum Korea Selatan dan Uganda - tentang bagaimana anak-anak bahagia dengan hidup mereka. Laporan, yang berdasarkan survei dari 16,000 anak-anak dari sejumlah negara ini, memperingatkan rendahnya kesejahteraan dapat mengganggu kesihatan anak-anak, pendidikan dan kehidupan keluarganya.

Lebih lanjut, data yang ada dalam survey ini menunjukkan bahawa setengah juta anak-anak di Ingggeris memiliki tingkat kesejahteraan yang rendah.Pengarah eksekutif Children's Society Matthew Reed mengatakan masa kanak-kanak adalah masa yang menyenangkan bagi sebahagian "besar" anak-anak yang berada di England, namun kenyataan bahawa masih ramai anak-anak yang tidak senang atau puas dengan kehidupan mereka tidak boleh diabaikan.

"Laporan terbaru ini telah membuka mata bahawa kita tertinggal oleh begitu banyak negara-negara lain, termasuk negara-negara maju," kata Reed.

"Survei ini bukan tentang 'anak-anak pemarah'. Anak-anak dengan tingkat kesejahteraan yang rendah lebih banyak mengalami masalah-masalah serius, seperti buruknya hubungan dengan sekolah, keluarga dan kesihatan mereka."
sumber:detikNews

No comments:

Post a Comment