Thursday, August 7, 2014

Zalim ! Bunuh Orang Tua Sendiri , Dimasak, Diisikan Dalam Kotak Makanan Seperti Babi Panggang

Khamis, 7 ogos 2014 
 
www.dailymail.co.uk JHong Kong

HONG KONG,  Sepasang warga lanjut usia di Hong Kong dipercayai telah dibunuh oleh anak mereka sendiri bersama seorang temannya. Mayat pasangan itu kemudian dipotong-potong, diasinkan, dimasak dan dikemas ke dalam kotak makanan "seperti babi panggang",lalu dibuang di tong sampah. Horor tragis itu terungkap di mahkamah Hong Kong sebagaimana dilaporkan harian South China Morning Post, Rabu (6/8/2014), yang kemudian dikutip kantor berita AFP.

Kepala  Chau Wing-ki (65 tahun) dan isterinya Siu Yuet-yee (62 tahun) yang sudah dipenggal, ditemui pada Mac tahun lalu. Kedua kepala itu dimasukan ke dalam dua peti sejuk di sebuah apartemen yang berlinangan darah, beberapa hari setelah pasangan tersebut dilaporkan hilang.

Bahagian-bahagian lain dari mayat mereka ditemui di sebuah tong sampah. Dokumen mahkamah menyebutkan, potongan-potongan mayat itu telah dimasak dan dikemas dalam kotak makanan bersama nasi. Tampaknya, kedua sespek melakukan hal itu demi menyembunyikan kejahatan mereka setelah tidak boleh lagi menaruh potongan-potongan mayat tersebut di dalam dua peti sejuk itu.

Putera pasangan malang itu, Henry Chau, yang berusia 30 tahun menyatakan tidak bersalah atas dakwaan pembunuhan itu. Sejumlah laporan menyatakan, dia mengatakan hal itu hari Rabu, ketika dia dan Tse Chun-kei yang dipercayai  telah ikut membantunya muncul pada hari kedua perbicaraan.

Harian South China Morning Post melaporkan, Henry Chau pada Selasa mengaku telah melakukan pembunuhan tetapi tidak sepenuhnya dapat disalahkan terkait dengan masalah mentalnya, sementara Tse, 36 tahun, membantah telah terlibat pembunuhan itu

Para pendakwa menuduh Henry Chau dan Tse merancang pembunuhan selama berbulan-bulan. Mereka telah membeli pisau, peti sejuk, sejumlah microwave oven, dan rice cooker.

Berdasarkan laporan South China Morning Post, pasangan itu terakam kamera CCTV pada 1 Mac tahun lalu memasuki sebuah bangunan berma putera mereka itu, kata para pendakwa. Itulah terakhir kali pasangan itu terlihat masih hidup. Anak mereka meninggalkan bangunan itu sendirian sekitar 20 minit kemudian, kata laporan tersebut. Dia lalu mencari pengubatan di sebuah rumah sakit untuk sejumlah luka di tangannya. Ada dugaan luka-luka itu dideritanya ketika bertarung dengan ayahnya yang mungkin berjuang untuk membela diri.

Henry Chau semuka mengatakan kepada polis  bahawa kedua orang tuanya telah pergi ke daratan China. Namun dia kemudian mengakui pembunuhan itu di sebuah kelompok pesan di internet. Ia mengirim pesan WhatsApp dari balai polis  kepada seorang teman di mana dia mengakui bahawa dia telah membunuh orang tuanya.

Dalam bukti yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Hong Kong, Rabu, Chau menyatakan bahawa dia merancang untuk mengecoh polis  agar punya waktu bagi dirinya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada teman-teman. "Saya dan teman yang melakukan pembunuhan bersama saya merancang untuk membuat itu menjadi kes orang hilang dan membuang mayat sepotong demi sepotong," katanya.

Dalam pesan itu, dia juga menyebut dirinya "psikopat" dan berkata, "Saya tidak boleh berempati dengan penderitaan orang lain kerana pengalaman masa kecil dan remaja saya."

South China Morning Post melaporkan bahawa Chau mengaku telah membunuh orang tuanya dengan bantuan Tse ketika dirinya sedang emosional. Namun para pendakwa menyatakan, pembunuhan itu dirancang dengan hati-hati.

Kedua orang itu ditangkap pada 15 Mac. Polis  melakukan pencarian di apartemen dan menemukan mayat dipotong-potong itu, serta catatan dan tanda terima yang menunjukkan kedua tersangka sudah mulai merancang pembunuhan sejak November 2012.

Harian itu melaporkan, Chau mengatakan kepada polis bahawa dia dan Tse membunuh orang tuanya, tetapi Tse-lah yang memotong-motong mayat mereka. Ia mengaku, Tse telah mengatakan kepadanya bahawa peti sejuk tidak cukup besar dan Tse kemudian mengasinkan sebahagian potongan mayat dan menaruhnya dalam beberapa kotak.

Chau juga menuduh Tse telah memasak sisa-sisa mayat sebelum mengisikannya dalam kotak makan bersama nasi dan membuangnya di tempat sampah, kata laporan tersebut.

Namun Tse membantah berperanan dalam pembunuhan itu. Dia mengatakan, Chau memperlihatkan kepadanya sebuah kotak berisi tangan manusia dan bahagian tubuh lainnya sebelum memperingatkan Chau bahawa akan sukar buat Tse untuk meyakinkan orang bahawa dirinya tidak membantu memotong-motong mayat itu, kata harian tersebut. KOMPAS.COM 
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment