Bayi malang ini memerlukan tiga kali pemindahan darah selama dua minggu ketika berada dalam rawatan intensif. Keadaan fizikal yang dialami oleh Maisy ini merupakan hal yang langka di dunia perubatan dan biasanya hanya bertahan hidup beberapa minggu dari kelahirannya.
Namun, ketika ini kanak-kanak cantik itu mampu bertahan sampai usianya empat tahun dan mulai bersekolah.
“Ini adalah situasi yang luar biasa. Tidak ada doktor yang pernah mendengar sesuatu seperti ini,” ujar Emma, seperti dilansir Metro, Jumaat (19/9/2014).
“Saya belajar bahawa Maisy tidak memiliki darah kerana zat plasma dalam pembuluh darahnya tipis,” jelas wanita yang tinggal di Tramore, Ireland .
Pada awal kelahiran Maisy, banyak sekali kebimbangan yang dirasakan oleh Emma, tapi kini keadaan fizikal kanak-kanak itu semakin baik.
Emma mengatakan bahawa perkembangan yang ditunjukkan Massy membuatnya sangat terharu.
“Ketika dia mengucapkan kata pertamanya 'Dadda' pada 15 minggu pertama hal itulah yang membuat saya sangat terharu,” ungkap wanita 31 tahun itu.
sumber :Metro/okezone
No comments:
Post a Comment