Thursday, September 18, 2014

Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Bakal Ikut Jejak Argentina?


Ekonomi Najib Razak
Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2014 dan tidak lama sahaja lagi Malaysia bakal melangkah masuk ke tahun 2015. Tidak lama sahaja lagi. Pejam celik, pejam celik sudah 2015.
  
Sekejap masa berlalu sekarang ini. Masa tidak menunggu kita tetapi kita akan menyesal kerana tidak menggunakan masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya terutamanya potensi dan kekayaan hasil mahsul yang dimiliki bumi yang bernama Malaysia.

Seperti biasa ayat yang akan… keluar adalah azam bagi tahun 2015 akan datang ini, ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya sepertimana pengumuman mengenai kadar pertumbuhan ekonomi pada ketika ini oleh kerajaan Malaysia.

Harap begitulah…..Semestinya rakyat Malaysia mahukan yang terbaik utnuk negaranya bukan? Walaubagaimanapun, Berita semasa selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina?

Baru-baru ini, Mahahir telah menemplak corak pemerintahan Datuk Seri Najib dan turut menyelitkan situasi dan kesempitan yang pernah dialami dan dirasai Argentina sebelum ini tidak mustahil untuk terjadi kepada Malaysia jika masih tiada iltizam untuk berubah menguruskan eokonomi Malaysia dengan baik menerusi (LAPORAN BERITA INI). Kenapa mesti Argentina?
Anda tonton dokumentari video ini terlebih dahulu….

Berdasarkan video dokumentari di atas, secara ringkas ia berkisar kepada :
  1. Ekonomi MahathirNegara Argentina yang telah membuat pinjaman dengan Boston Bank, Barring Brothers Bank dan lain-lain lagi.
  2. Bank yang menjadi pemiutang itu pula jual hutang Argentina itu kepada bank-bank lain seperti Citibank contohnya. Cukup tempoh, Citibank menuntut hutang daripada Argentina, Argentina pula tiada duit lagi untuk membayar balik.
  3. Jadi apa Citibank buat? Citibank telah “mendapatkan” semula hutang tersebut daripada penyimpan Argentina yang menyimpan di Citibank
  4. Akhirnya masalah pengurusan kerajaan terpaksa dibayar dengan “harga yang mahal” oleh siapa jikalau tidak…………..
(Nak tahu lebih lanjut, anda boleh tonton dokumentari tersebut sehingga habis, anda akan dapat manfaatnya). Situasinya ibarat:
  • Individu A (ketua keluarga) pinjam duit dengan Along, bila masa nak bayar semula tiada duit.
  • Akhirnya, siapa yang jadi mangsa? Anak bini akan diperas ugut.

Ekonomi Malaysia vs Ekonomi Argentina?

Isi pentingnya apa di sini? Bukan salah “along berlesen” tersebut tetapi salah sendiri disebabkan salah urus tadbir negara yang lemah & tiris :
  • Projek-projek mega yang dibangunkan dengan kos yang melambung tinggi pada tempoh masa yang tidak sesuai. Bak kata orang, berpadalah ketika berbelanja ketika diri sendiri kewangan tidak kukuh
  • Pengurusan dan perbelanjaan dana wang negara yang boros. Contohnya BR1M.
  • Elok-elok barang yang boleh dibeli murah terus melambung tinggi disebabkan…………………………Harga peralatan berharga hanya ratusan, terus melompat ke paras harga puluhan ribu. Ooopps!
  • Tipu angka ekonomi seperti yang diamalkan juga oleh Greece sehingga ekonomi jatuh terduduk selepas itu
  • Amalan kronisme yang berleluasa. Menampakkan dah tiada orang lagi yang lebih berkaliber untuk mendapatkan mendapat anugerah projek tersebut. Asyik-asyik dia, dia dan dia atau anak-beranaknya
  • Pembaziran-pembaziran seperti ini patut dihapuskan. Apabila sudah diketahui ramai, bukan kata mahu diberikan hukuman, siasatan pun seperti ”melepaskan batuk ditangga”. Kebal sungguh mereka ini. Ingat, rakyat terus memerhati…..
sumber:BeritaSemasa.com

No comments:

Post a Comment