KERENGGA
Isteri Azmin, Shamsidar Taharin menyambut kepulangan Azmin di kediaman mereka di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Isnin.
PETALING JAYA:
Bakal Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berterima
kasih kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebulat suara menyokong
pelantikan beliau selepas mendapat perkenan Sultan Selangor untuk
memegang jawatan itu.
Beliau
berkata, pilihan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat sokongan
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan pimpinan
parti yang lain.
"Saya
berterima kasih kepada presiden parti, (Datuk Seri Dr Wan Azizah) dan
semua rakan-rakan pimpinan kerana parti telah sebulat suara menerima
saya sebagai calon (pilihan Sultan Selangor)," katanya kepada pemberita
di pekarangan ibu pejabat PKR di sini, malam Isnin.
Pelantikan
Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa Selasa
itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ditanya adakah ia bermaksud parti merestui pemilihan beliau itu, Azmin hanya berkata: "Parti telah sebulat suara."
Azmin
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa bersyukur
atas pelantikan jawatan itu selepas mendapat perkenan baginda.
"Saya
bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada petang ini sekitar jam 3 petang,
saya telah menerima sepucuk surat dari Setiausaha Sulit kepada Sultan
Selangor (Datuk Mohamad Munir Bani), yang memaklumkan bahawa Sultan
Selangor telah memperkenankan pelantikan saya sebagai Menteri Besar
Selangor mulai 23 September ini.
"Dalam
surat yang sama, saya diminta untuk menghadiri majlis angkat sumpah esok
pada pukul 10 pagi esok (Selasa) di Istana Alam Shah, Klang," katanya.
Menurut
Azmin, beliau telah memaklumkan mengenai pelantikan itu dalam perjumpaan
dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkembangan
terakhir berhubung perkara itu.
Tambahnya,
satu mesyuarat Biro Politik tergempar diadakan pada petang Isnin,
disusuli dengan perjumpaan semua Adun daripada PKR, dan mesyuarat Majlis
Pimpinan Pusat.
Ditanya
apakah sebab-sebab pihak Istana menolak Dr Wan Azizah sebagai calon
menteri besar baharu, Azmin berkata, perkara itu tidak dinyatakan kepada
beliau.
PKR dan
DAP sebelum ini hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai
calon menteri besar untuk diserahkan kepada Sultan Selangor bagi
mendapatkan perkenan baginda, manakala, PAS menyerahkan tiga nama calon.
Sebanyak tiga nama disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor dan 'ditemuduga' secara berasingan pada minggu lalu.
Selain Azmin, dua lagi calon ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
-mstar- 23/9/14
No comments:
Post a Comment