Thursday, September 18, 2014

Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno

18 Sep 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus istiqamahmengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.

Pada masa yang sama, beliau mahu rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk.

Beliau membaca sepotong ayat al-Quran yang menjelaskan syarat iaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus beistiqamah" pada Muktamar PAS di Batu Pahat.

Beliau turut mempertegaskan bahawa dakwaan bahawa PAS akan menyertai atau bergabung dengan Umno adalah "tohmahan" dan "api fitnah" yang dicetus oleh mereka yang mahu memecah dan merosakkan perjuangan Islam.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah," katanya. Malaysiakini

1 comment:

  1. Tuan

    Apapun cakap yang keluar dari mulut TGHH sudah tidak boleh dipakai lagi. Paling-paling bersangka baikpun kita boleh anggap ia adalah cakap2 untuk melepaskan batang tengok dia yang sedang ters3pit.

    Dalam suasana Muktamar sekarang, apa jua cakap TGHH hanyalah untuk menipu perwakilan agar lembut hati dan tidak mempersoalkan tindakan2 gila dia didalam isu MB Selangor.

    Sekarang pe4cakapan TGHH ibarat pe4cakapan yang penuh dengan betrayal dan disaluti dengan cynide yang m3mbunuh.

    ReplyDelete