7 Sep 2014
Selepas presiden PAS, timbalan mursyidul am parti itu Datuk Haron Din
pula membangkitkan persoalan kelayakan Presiden PKR Datuk Seri Wan
Azizah Ismail sebagai calon menteri besar baru Selangor.
“Kalau dia (Azizah) cukup kelayakan, maka tentu (Majlis) Syura dari awal menyokongnya dengan tiada masalah,” kata orang nombor dua dalam Majlis Syura, badan tertinggi pembuat dasar dalam PAS selepas muktamar.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam video ucapannya dimuatkan di Youtube berkata, Azizah ditilak sebagai menteri besar kerana kebolehannya, seperti bagaimana beliau menjawab soalan di parlimen dan berdialog dengan lawan.
Dalam taklimat kepada sekumpulan penyokong PAS di Marang kelmarin, beliau tanpa menyebut nama Azizah juga berkata, Selangor memerlukan seorang yang kuat untuk menjaga negeri itu.
Bercakap kepada pemberita di Bangi semalam, seperti disiarkan KiniTV, Haron berkata, dalam Islam bukan persoalan gender menjadi halangan tetapi kemampuan seseorang itu memikul amanah.
Justeru, katanya, seorang pemimpin itu mesti mampu memikul amanah baik secara fizikal, pengalaman atau latar belakangnya.
Haron juga berkata, terdapat calon lain yang lebih layak daripada Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah dipecat partinya PKR.
“Kerana itulah maka presiden sekarang ini, kita meletakkan pemilihan itu diserahkan kepada tuanku sultan, dia akan menentukan yang akhirnya,” kata Haron. Malaysiakini

Ramai dok cabar aku kata aku berani layang saja tak berani sebut nama siapa ahli Majlis Syura Ulamak yang jadi jurucakap syarikat besar deal projek.....
ReplyDeleteMaka dengan ini aku umumkan di sini bahawa insan mulia tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din.
Dato' Dr Haron Din telah berjumpa dengan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada suatu ketika sekitar tahun 2009 untuk meminta YB Nurul Izzah tidak membantah projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi yang dimajukan oleh Syarikat Amona Group.
Aku juga dimaklumkan bahawa menantu Dato' Dr. Haron Din telah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin.
Apa kepentingan Dato' Dr Haron Din dengan Amona Group? Siapa pemilik Amona Group? Apa hubungan Amona Group dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin?
Sila...... bujur Lalu Melintang Patah.... silap-silap melintang pukang. ~Zulhazmi At-Takanan